[IKLAN JAWATAN KOSONG] Jurulatih Sambilan Kokurikulum - (Pensyarah Tasmik Al-Quran)

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Sambilan di Universiti Teknologi MARA Cawangan SELANGOR (Kampus Shah Alam, Sg Buloh dan Puncak Alam).

Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :

1. Jawatan : Jurulatih Sambilan Kokurikulum.
(Pensyarah Tasmik Al-Quran)

2. Jenis Lantikan : Sambilan

3. Elaun : Maksimum tuntutan RM1500.00 (Kelulusan Diploma / Ijazah)
(Elaun mengajar adalah RM37.50 x 2 jam x 20 pertemuan sebulan)
(Setiap satu pertemuan adalah selama 2 jam)

4. Waktu Bekerja : Isnin hingga Jumaat (14 minggu berdasarkan Kalendar Akademik)

(2 jam setiap hari: Di antara jam 6.00 petang hingga 10.00 malam)

5. Pelaksanaan Kelas : Hybrid : 70% bersemuka (face to face) + 30% dalam talian (online)

6. Syarat Lantikan :

A) Kelayakan Akademik
i) Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Tahfiz Al-Quran yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

B) Syarat-syarat umum
i) Berumur tidak kurang dari 21 tahun
ii) Memiliki tahap kesihatan yang baik
iii) Berakhlak mulia sebagai seorang hafiz/hafizah.

6. Cara membuat permohonan :

a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam borang Jurulatih Sambilan Kokurikulum yang boleh didapati dari Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Laman Web Akademi Pengajian Islam Kontempori : https://acis.uitm.edu.my/index.php/programme/plus-tahfiz

b) Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil / dokumen yang telah disahkan. Antaranya:

i) Kad Pengenalan
i) Sijil SPM/STPM/STAM atau setaraf
iii) Sijil Diploma / Ijazah beserta transkrip akademik.
iv) Salinan Sijil-Sijil berkaitan permohonan.

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
d) Permohon yang masih berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan / Badan – badan berkanun perlu melalui Ketua Jabatan masing-masing
e) Hanya pemohon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sila hantar borang permohonan atau diposkan ke alamat atau emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA Shah Alam
(u.p: Penyelaras Plus Tahfiz, Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Penyelaras : Dr Muhamad Zuhaili bin Saiman
No Telefon: 0167200697


Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada 28/09/2022

Muat turun iklan jawatan kosong [[ di sini ]]
Muat turun borang permohonan [[ di sini ]]

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:

Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Akademik: +603-5543 7984
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : +603-5544 2135