BENGKEL TRANSFORMASI DAN KEPIMPINAN

Dengan bertemakan 'Perubahan, Kepimpinan dan Organisasi', Bengkel Transformasi dan Kepimpinan telah dianjurkan oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) pada 30 & 31 Mac 2021. Ianya diadakan bagi meningkatkan tahap kualiti dan kesediaan staf pentadbiran dan akademik ACIS dalam memastikan perancangan organisasi tercapai dengan tahap yang tinggi.

Program telah dikendalikan oleh Tuan Haji Arifin Hassan dan Tuan Haji Farid Faiz dari ABH Inspire Sdn Bhd dan dihadiri oleh 39 orang staf yang terdiri daripada Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Pusat Pengajian (KPP), Koordinator, serta pensyarah dan staf pentadbiran ACIS. Program ini sangat menarik serta mendapat maklum balas yang sangat positif daripada semua peserta. Adalah diharapkan agar perubahan yang membina dapat diterima oleh seluruh warga ACIS serta melahirkan budaya baharu dan positif di kalangan warga ACIS demi mencapai kecemerlangan. Semoga seluruh warga juga akan menjadi lebih proaktif dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.