PLUS TAHFIZ UiTM

Peluang terbaik untuk pelajar lepasan pusat pengajian tahfiz seluruh negara yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai professional di UiTM serta menjadi graduan yang mempunyai watak Al-Quran
Program Plus Tahfiz UiTM merupakan program yang holistik. Program ini merentas 515 program pengajian akademik yang ditawarkan di 26 buah fakulti di semua 35 kampus UiTM.
Program ini diwujudkan bertujuan untuk membantu para pelajar yang telah bergelar Huffaz Al-Quran bagi mempertahankan, mempertingkatkan dan melestarikan budaya Al-Quran di sepanjang tempoh pengajian di UiTM.
VISI
Melahirkan professional Huffaz Al-Quran sebagai Khairi Ummah peringkat Malaysia dan antarabangsa.
MISI
Memantap dan mempertahankan hafazan Al-Quran sepanjang hayat dengan program yang sistematik dan berterusan.
MATLAMAT
Program ini adalah khusus bagi pelajar lepasan pengajian tahfiz seluruh negara yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang professional di UiTM.
OBJEKTIF
- Memastikan hafazan Al-Quran para pelajar yang berada di UiTM dapat dikekalkan dan dipertahankan serta dipertingkatkan.
- Merancang pelaksanaan program pemantapan yang berkesan dan interaktif di kalangan para pelajar yang telah menghafaz Al-Quran.
- Melestarikan budaya dan kefahaman AlQuran dalam lanskap pendidikan pengajian tinggi di UiTM.
KOKURIKULUM
Pelajar akan mendaftar Kursus kokurikulum bagi 5 semester bermula dari semester pertama pengajian. Bagi 5 kod kursus yang didaftarkan, 2 kod kursus pada semester kedua dan ketiga akan diambil kira didalam CGPA, manakala bagi tiga semester selebihnya akan diberikan status LULUS/GAGAL sahaja.
|
SEM |
KOD KURSUS |
NAMA KURSUS |
STATUS KURSUS |
|
1 |
HKR119 |
TAHFIZ AL-ITAHAH |
LULUS/GAGAL |
|
2 |
HKR129 |
TAHFIZ AL-IMKANIYYAH |
GRED |
|
3 |
HKR139 |
TAHFIZ AL-ITMAM |
GRED |
|
4 |
HKR149 |
TAHFIZ AL-ITQAN |
LULUS/GAGAL |
|
5 |
HKR159 |
TAHFIZ AL-ISTI’AB |
LULUS/GAGAL |
*Maklumat kursus adalah bagi pengajian di peringkat diploma dan ijazah sepenuh masa
KAEDAH KELAS
- Sesi Pagi : Hafazan secara individu
- Sesi Petang / Malam : Pengulangan hafazan bersama guru (Tasmi’)
2 Jam diantara jam 6:00 petang hingga 10:00 malam
PENEMPATAN
Semua pelajar yang mendaftar kokurikulum Plus Tahfiz UiTM akan ditempatkan di asrama UiTM sepanjang tempoh pengajian.
- Memenuhi semua peraturan asrama UiTM dan mengikuti aktiviti / program yang dirancang oleh pihak Kolej sekiranya tidak berlaku pertindihan waktu kelas tasmi’.
BIMBINGAN
Mendapat bimbingan dan pemantauan yang berterusan daripada jurulatih yang kompeten dalam bidang hafazan sepanjang tempoh program.
Tahniah anda mendaftar di UiTM dan anda Huffaz al-Quran!
Urusetia Program Plus Tahfiz mempelawa saudara/i selaku pelajar-pelajar baharu sesi Oktober 2024 - Februari 2025 yang berlatarbelakang pendidikan tahfiz untuk menyertai Program Kokurikulum Plus Tahfiz di Kampus Shah Alam dan Selangor.
Keistimewaan dan manfaat Program Kokurikulum Plus Tahfiz:
1. Ditawarkan kemudahan Kolej Kediaman Pelajar di semua kampus UiTM sepanjang mengikuti Program Plus Tahfiz sehingga tamat belajar di UiTM.
2. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikuti kursus kokurikulum HKR119 hingga HKR159 Program Plus Tahfiz akan dianugerahkan Sijil Tahfiz UiTM.
3. Membantu para huffaz mengekal, mempertahan dan meningkatkan hafazan.
Pelajar akan mengikuti Program Kokurikulum Plus Tahfiz selama 5 semester secara konsisten, bermula dari semester pertama sehingga tamat pengajian.
Pelaksanaan Program Plus Tahfiz:
1. Kelas dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat.
2. Tempoh sesi kelas selama 2 jam (masa antara 6.00 petang hingga 10.00 malam dibincangkan bersama jurulatih / guru tasmi').
3. Pada Semester 1, pelajar Program Kokurikulum Plus Tahfiz perlu mendaftar dua subjek kokurikulum iaitu HBU111 - Kesatria Negara 1 dan HKR119 - Tahfiz al-Itahah.
Jika anda berminat menyertai program kokurikulum ini, sila daftar Program Plus Tahfiz untuk kokurikulum anda.
Anda juga perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan bagi pendaftaran dan muat naik dokumen berkaitan di link berikut:
https://shorturl.at/7M366
Terima Kasih
Urusetia Plus Tahfiz
Email: plustahfiz@uitm.edu.my
PERMOHONAN
- Hantar permohonan dan dokumen sokongan melalui Google Form (Tarikh dan iklan permohonan akan diwar-warkan selepas pengumuman keputusan UPU ke UiTM)
- Semak keputusan UPU.
- Calon berjaya akan mendaftar di UiTM mengikut program yang ditawarkan.
- Pelajar lulusan Tahfiz mendaftar Kokurikulum Program Plus Tahfiz (Telah mendaftar sebagai pelajar UiTM, syarat kelayakan telah menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk)
DOKUMEN YANG BERKAITAN
- Salinan permohonan UPU, dan;
- Salinan SPM/STPM/STAM/Diploma, dan;
- Salinan dokumen tamat pengajian tahfiz (sijil khatam tahfiz Al-Qur'an), atau;
- Salinan dokumen pengesahan tahap hafazan Al-Quran.
UNTUK DIHUBUNGI
PIC: Koordinator & Penyelaras Plus Tahfiz Cawangan
Email: plustahfiz@uitm.edu.my
Facebook: Plus Tahfiz UiTM
|
No. |
Item |
Download Link |
|
1. |
Brochure |
> Click Here < |
|
2. |
Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan Kokurikulum |
> Click Here < |
| 3. |
Poster Iklan Plus Tahfiz |
> Click Here < |

