Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website
     

About Us

Posted in Uncategorised

SEJARAH  DAN LATARBELAKANG ACIS

 

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) bermula dengan Unit Agama yang  merupakan entiti asal yang ditubuhkan pada 3hb. Mac 1971 dan diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar.  Ia ditubuhkan dengan  tujuan  membantu  para  pelajar  melengkapkan  diri dengan pengetahuan asas agama, di samping menyelesaikan masalah agama yang sentiasa berbangkit dalam kalangan pelajar.

Mulai Februari 1998 Unit Agama di beri nama baru dan dikembangkan kepada Unit Kemajuan Islam dan Unit Dakwah dan Pembangunan Insan. Ia diletakkan di bawah Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB) yang berpejabat di Pusat Islam UiTM. Peranan dan fungsinya diperluaskan termasuk khidmat penyebaran agama dalam kalangan staf di samping tugas hakikinya untuk para pelajar. Pada Januari 2001 dikembalikan semula ke fungsi asalnya di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan dinamakan semula sebagai Unit Agama. Mulai Mei 2002 dirombak semula dan diberi nama baru iaitu Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU).

Pada 13 Januari 2004 digabungkan dengan Pusat Pendidikan Islam dan diletakkan di bawah naungan Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) dan diberi nama baru sebagai Jabatan Kemajuan Islam (JKI). Kakitangannya terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam, Imam dan Bilal.

Pendidikan Islam pula, mula ditawarkan secara formal kepada pelajar Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1975 dengan nama  Tamadun  Islam.  Hasil   daripada Muzakarah Pendidikan Islam Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia pada 20hb hingga 22hb Jun 1977, ITM telah mewajibkan kursus Pendidikan Islam dengan nama ‘Mata Pelajaran Pendidikan Islam’ kepada semua pelajar Muslim di seluruh kampus ITM. Kursus ini dilaksanakan dua  (02) jam kontek seminggu dalam tempoh enam (06) semester bersamaan dua belas (12) jam kredit. Pada peringkat awal pelaksanaan, mata pelajaran tersebut dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam (UPI) di bawah Hal Ehwal Akademik.  Seramai 28 orang tenaga pengajar yang berkelulusan aliran agama dari pelbagai institusi pengajian tinggi bertugas di unit ini.

UPI telah dinaikkan status menjadi satu entiti dengan nama Pusat Pendidikan Islam (PPI) pada 01hb April 1983 bersamaan 17hb Jamadil Akhir 1403. Tujuan penubuhan PPI ialah:

  1. Merubah status UPI kepada ‘Pusat’ dengan identiti yang tersendiri.
  2. Meningkatkan keupayaan untuk memberi khidmat ilmiah yang lebih berkesan dalam melaksanakan program akademik ITM.           

Bermula kemasukan Julai 1983, semua pelajar non-muslim dikehendaki mengambil kursus Tamadun Islam dengan tidak diwajibkan lulus peperiksaan. Pada kemasukan Julai 1985, semua pelajar non-muslim dikehendaki mengambil kursus Tamadun Islam dan mesti lulus peperiksaan serta diberi kredit.  Mereka yang gagal dikehendaki mengulanginya sehingga lulus.

Perubahan status ITM ke UiTM turut memberi kesan kepada PPI. Kursus Pendidikan Islam peringkat diploma ditawarkan hanya selama TIGA semester bersamaan dengan enam (06) jam kredit, bermula kemasukan Mei 2008. Walau bagaimanapun bagi program peringkat ijazah Sarjana Muda Kepujian, PPI telah dipertanggungjawabkan untuk menawarkan kursus TITAS I dan TITAS II.  Setiap pelajar diwajibkan mengambil kursus ini bersamaan dengan empat (04) jam kredit bermula pada November 1998.

Pada 13 Januari 2004 bersamaan 20 Zulkaedah 1424H peranan PPI diperkembangkan dengan penubuhan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU). Cadangan penggabungan Pusat Pendidikan Islam dengan Pusat Khidmat Nasihat Agama telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UiTM pada 19 Mac 2003. Matlamat penubuhannya adalah untuk menjadi pusat kesepaduan ilmu, pemikiran, kefahaman dan perkhidmatan Islam.

Mulai Disember 2012, CITU telah dinaiktaraf kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (Academy of Contemporary Islamic Studies - ACIS) setelah diluluskan penstrukturan semulanya oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (JPT, KPM). Kelulusan ini membolehkan ACIS memperluaskan lagi skop perkhidmatan pendidikannya dengan menawarkan program sendiri. Program pertama yang ditawarkan oleh ACIS ialah program pasca siswazah; Sarjana dan Ijazah Kedoktoran Pengajian Islam Kontemporari mulai sesi I 2012/2013 dan diikuti penawaran program baru di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Program yang ditawarkan ialah Diploma Muamalat dan Diploma Pengurusan Halal bermula sesi I 2014/2015. Program Ijazah Sarjana Muda Muamalat telah ditawarkan pada sesi September 2014. Melalui penstrukturan ini pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan, perkhidmatan Islam, zakat, sedekah dan wakaf serta jaringan masyarakat dapat diperkukuhkan selari dengan kehendak visi dan misi UiTM. 

ACIS diberi tanggungjawab untuk menawarkan program berteraskan Pengajian Islam kontemporari bermula pada tahun 2012. Dua program telah ditawarkan secara serentak iaitu Ijazah Kedoktoran Pengajian Islam Kontemporari dan Sarjana Pengajian Islam Kontemporari. Penawaran program ini berdasarkan perancangan strategik ACIS dan sesuai dengan perkembangan yang pesat pembangunan kurikulum universiti. Selaras dengan penstrukturan ini, ACIS mendapat kebenaran untuk menawarkan program akademik yang bersifat kontemporari di peringkat diploma, sarjana muda dan pasca siswazah. Di samping itu, ACIS mengekalkan legasinya menawarkan kursus universiti, minor, dan elektif, di peringkat pra,asasi, diploma, sarjana muda dan program profesional. 

Kelangsungan dan relevannya sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan menangani cabaran dan mendepani perubahan. Kepemimpinan UiTM memberi ruang dan dorongan seluasnya untuk CITU melakukan transformasi selaras dengan keperluan semasa universiti dan negara dalam bidang kontemporari. Sehubungan dengan itu, pada 11 Mei 2012 Mesyuarat Senat UiTM ke-166 telah meluluskan permohonan penubuhan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Kementerian Pengajian Tinggi telah memperakukan penubuhan Akademi Pengajian Islam Kontemporari pada 23 Februari 2013. Pekeliling Dekan ACIS pada 18 Mei 2013, ACIS secara rasminya menjadi salah sebuah akademi bertaraf fakulti di UiTM.

ACIS memasuki era baharu pengurusan tadbir urus apabila Mesyuarat Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 15/2019 pada 03 Julai 2019 telah meluluskan perubahan struktur baharu ACIS yang berkuatkuasa mulai 01 Ogos 2019. Struktur baharu atau transformasi ini telah mengeluarkan Bahagian Hal Ehwal Islam dan Pusat Zakat Sedekah dan Wakaf dari tadbir urus ACIS. Dengan perubahan ini, ACIS akan memberikan tumpuan kepada Pengurusan fakulti, Pengurusan Akademik, Penyelidikan dan juga Penerbitan.

Mendepani perubahan iklim di dalam pengembangan ilmu terutama kemunculan Revolusi Perindustrian Keempat (I.R 4.0) dan IOT (Internet of Thing) ACIS sentiasa mengatur langkah kehadapan untuk terus kekal releven sebagai Akademi Pengajian Islam Kontemporari.

 

SEPINTAS LALU PENTADBIR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

Former Director/Dean of ACIS

Unit Pendidikan Islam (UPI) / Islamic Education Unit
> 01 Ogos 1978 - 30 Julai 1980 --> Ustaz Mohd Arsyad Hj Taib
> 01 Ogos 1980 - 31 Mei 1982 --> Ustaz Abdul Wahab Arba’in
> 01 Jun 1982 - 01 April 1983 --> Ustaz Mohd Arsyad Hj Taib

Pusat Pendidikan Islam (PPI) / Islamic Education Centre
> 01 April 1983 - 31 Mac 1985 --> Prof Madya Dr Mohd Arsyad Hj Taib
> 01 April 1985 - 15 Ogos 1986 --> Ustaz Ramli Ibrahim
> 15 Ogos 1986 - 14 Ogos 1988 --> Prof Madya Dr Yaacob Yusoff
> 15 Ogos 1988 - 31 Ogos 1990 --> Prof Madya Dr Mujaini Tarimin
> 01 September 1990 - 30 Ogos 1992 --> Ustaz Zakaria Abdullah
> 01 September 1992 - 31 Ogos 1994 --> Ustaz Zakaria Abdullah
> 01 September 1994 - 30 Ogos 1996 --> Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
> 01 September 1996 - 30 Ogos 1998 --> Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
> 01 September 1998 - 31 Mei 1999 --> Prof Madya Dr Mohd Amin Hj Ab Rahman
> 01 Jun 1999 - 30 September 2002 --> Prof Madya Dr Mujaini Tarimin
> 01 Oktober 2002 - 12 Januari 2004 --> Prof Madya Hj Musa Ahmad

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam / Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU)
> 13 Januari 2004 - 30 November 2005 --> Prof Madya Hj Musa Ahmad
> 01 Disember 2005 - 31 Mac 2012 --> Professor Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman

Akademi Pengajian Islam Kontemporari / Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
> 01 April 2012 - -----Until now----- --> Professor Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman

 

November 2019
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |