Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

Kunjungan hormat Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Posted in Gallery

Kunjungan ini bertujuan bagi merangka kerjasama strategik dua hala di antara ACIS dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) serta perencanaan aktiviti dan program yang boleh dijalankan secara bersama di masa-masa akan datang.
Pada kesempatan ini juga, seluruh warga ACIS mengucapkan tahniah kepada Y.Bhg Ustaz Nasruddin Hassan atas perlantikan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu.
ACIS diwakili oleh PM Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim (Dekan), PM Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Dr Hajar Opir, Dr. Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin, Ustazah Zakiah Samori dan Ustzh Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah (Pengarah ZAWFI 2020).
Terima kasih diucapkan kepada pihak YADIM atas sambutan hangat yang dihulurkan kepada wakil ACIS.

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |