Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website
     

ACIS: Pioneer in Philanthropic Programmes in the HEI

Posted in Latest Info

Tahniah dan syabas kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM kerana telah menerima anugerah Global Islamic Finance Awards (GIFA) 2017 bagi kategori “Pioneer in Philanthropic Programmes in the Higher Education Institution” yang turut meliputi program Wakaf UiTM. Majlis GIFA kali ke-7 tersebut berlangsung pada 6 September 2017 lalu di Hotel Hilton Astana, Kazakhstan yang dirasmikan oleh Presiden Republik Kazakhstan, Nursultan Nazarbayez. Anugerah tersebut telah diterima oleh Profesor Dr. Muhamad Rahimi Osman selaku Dekan ACIS. Selain majlis tersebut, Dekan ACIS juga telah berkunjung ke Masjid Nur Astana yang juga merupakan organisasi pengurusan zakat dan wakaf serta madrasah pengajian Islam di tengah Bandar Astana.

   

Jom berwakaf melalui potongan gaji Wakaf UiTM!!

=================================================================================

Dana Wakaf UiTM merupakan tabung yang diwujudkan bagi membantu UiTM menyediakan prasarana pembelajaran yang terkini serta bantuan kewangan kepada para pelajar yang memerlukannya. Sumbangan Dato’/Datin/Tuan/Puan sangat dialu-alukan sebagai sedekah jariah yang memberi manfaat berpanjangan dunia dan bekalan di kampung akhirat. Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada UiTM yang menyediakan peluang dan ruang pengajian kepada anak bangsa dan keluarga mereka.

=================================================================================

1UiTM4Wakaf adalah kempen kepada setiap warga UiTM untuk menyumbang kepada Wakaf UiTM melalui potongan gaji bulanan. Kempen ini berjalan selama 5 bulan dengan 2 objektif:

1. Meningkatkan sekurang-kurangnya 400 peratus bilangan staf yang membuat potongan gaji daripada 1401 staf (Julai 2017) kepada 5,600 staf (menjelang Disember 2017);

2. Meningkatkan sekurang-kurangnya 400 peratus jumlah sumbangan bulanan daripada RM 36,693.20 (Julai 2017) kepada RM 150,000.00 (menjelang Disember 2017).

Potongan gaji staf boleh dilakukan melalui laman web FinePortal:
Langkah 1: Layari http://myfinancial.uitm.edu.my dan login
Langkah 2: Klik FinEPayroll > Permohonan > Potongan Gaji
Langkah 3: Klik Permohonan, dan pilih Jenis Potongan 'DANA WAKAF UiTM'
Langkah 4: Isi maklumat: Amaun, Bulan Mula & Akhir Potongan - SELESAI

Muat turun cara untuk membuat potongan gaji:
Pamplet Wakaf Melalui Potongan Gaji - https://acis.uitm.edu.my/v1/images/download/flyer_fineportal.pdf

Video Wakaf Melalui Potongan Gaji - https://youtu.be/KP999-s4h88

Terima kasih

"Harta Berkat Bekalan Akhirat"


Pusat Zakat, Sedekah & Wakaf
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tel: 03-55443115

November 2017
M T W T F S S
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |