Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website
     

Program Plus Tahfiz

Posted in Latest Info

1. Apa itu Program Plus Tahfiz?
Program Plus Tahfiz adalah program laluan khas kepada pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara untuk melanjutkan pengajian akademik dalam pelbagai bidang profesional di UiTM.

2. Apakah objektif program ini?
Progam ini diadakan untuk menghasilkan graduan huffaz profesional yang mempunyai watak Qurani melalui pendekatan (i) laluan khas ke UiTM; dan (ii) Program pengekalan hafazan.

3. Adakah perbezaan antara program ini dengan program huffaz profesional di tempat lain?
Program ini turut memberi fokus kepada program pengekalan al-Quran melalui beberapa program seperti tasmi' harian dan kokurikulum tahfiz.

4. Siapakah yang layak memohon program ini?
Program ini terbuka kepada semua lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, STAM, Asasi dan Diploma yang merupakan lepasan pengajian tahfiz.

5. Apakah syarat kemasukan untuk program ini?
Program ini terbuka kepada pelajar lepasan pengajian tahfiz di seluruh negara, namun perlu memenuhi syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah program yang berbeza. Anda perlu merujuk terus ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan untuk maklumat lanjut. Sila layari laman sesawang utama UiTM untuk ke laman sesawang Fakulti atau Pusat Akademik yang berkenaan melalui menu utama Akademik.

6. Berapakah juzuk hafazan al-Quran minima untuk diterima dalam program ini?
Tiada syarat minima juzuk, namun setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan tahap hafazan daripada institusi berkaitan serta diterima oleh panel penilai.

7. Apakah program ini terbuka kepada beberapa program pengajian sahaja?
Program ini terbuka kepada semua program pengajian di UiTM yang menawarkan pelbagai program daripada peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, termasuk kursus-kursus profesional, seperti yang tersenarai di halaman Senarai Program daripada laman sesawang Bahagian Hal Ehwal Akademik

8. Adakah program ini khas untuk pelajar SPM yang memohon aliran agama sahaja?
Tidak, program ini terbuka kepada semua aliran pengajian termasuk bagi program Asasi (bagi yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM) atau apa-apa program pengajian pada peringkat Diploma (bagi lepasan SPM yang memenuhi syarat keperluan SPM). 

9. Saya tidak mengambil matapelajaran Bahasa Arab peringkat SPM, adakah saya layak memohon program ini?
Ya, anda layak memohon mengikut syarat program yang dipohon. Syarat Bahasa Arab hanya diperlukan bagi pengajian Diploma/Sarjana Muda Pengurusan Industri halal dan Diploma/Sarjana Muda Pengajian Muamalat sahaja. 

10. Saya pelajar lepasan SPM baru-baru ini daripada Maahad Tahfiz persendirian, adakah saya layak memohon program ini?
Ya, anda layak memohon. Laluan kemasukan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan pengajian tahfiz yang mempunyai kelayakan SPM.

11. Di manakah lokasi pengajian bagi program ini?
Program wujud di seluruh pusat pengajian UiTM di seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu serta di Kampus induk UiTM di Shah Alam (Sila rujuk Peta Kampus). 

12. Adakah program Diploma ditawarkan di kampus induk UiTM?
UiTM tiada menawarkan program Diploma di kampus induk.

13. Bagaimanakah cara memohon program ini?
Terdapat 3 langkah mudah untuk memohon seperti berikut:

(a) Permohonan wajib dibuat secara atas talian dengan lengkap di laman web http://upu.mohe.gov.my yang dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

(b) Sediakan 4 dokumen berikut (yang disahkan benar):

- Salinan borang permohonan online UPU

- Salinan SPM/STPM/STAM/Diploma

- Salinan tamat pengajian daripada institusi tahfiz berkenaan

- Salinan pengesahan tahap hafazan al-Quran daripada institusi berkaitan

(c) Hantar dokumen tersebut kepada: Dekan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 40450 Shah Alam, Selangor (u.p: Program Plus Tahfiz)

14. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar?
Mohon rujuk Kalendar Pengambilan untuk mendapatkan maklumat tarikh-tarikh penting untuk pengambilan pelajar atau sila layari portal Bahagian Pengambilan.

15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang program ini?
Boleh hubungi:
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Telefon: 03-55442664 / 02-55442650

atau

Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Inovasi
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Telefon: 03-55443194 / 03-55443196

https://acis.uitm.edu.my/v1/index.php/home/latest-info/174-program-plus-tahfiz

 

March 2019
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |