Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website
     

Selamat Datang Pelajar Baru 2017/2018

Posted in Latest Info

Dekan dan seluruh warga Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) mengucapkan 'Selamat Datang' kepada pelajar baru Sarjana Muda Muamalat dan Pengurusan Industri Halal ACIS, pelajar Diploma Muamalat dan Pengurusan Halal ACIS dan seluruh pelajar baru 2017/2018 Universiti Teknologi MARA (UiTM). Terima kasih dan selamat menyertai kami untuk melonjakkan UiTM ke persada dunia global.

Diskusi Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Posted in Latest Info

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y. Bhg. Datuk/Dato'/Professor/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Shah Alam, akan mengadakan Program Diskusi Berkitab – “Petunjuk Untuk Pembaca” secara bersiri setiap bulan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 23 Mac 2017 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi

Penceramah : Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Jemputan Mufti Wilayah Persekutuan

Tempat : Dewan Muktamar 1
Masjid Al Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin
UiTM Shah Alam

Diskusi Kitab : “Petunjuk Untuk Pembaca”
Bertajuk Terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan
kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan

Sehubungan itu Warga UiTM Kampus Shah Alam dijemput hadir bagi mengikuti program diskusi berkitab ini seperti yang dinyatakan seterusnya juga akan diadakan secara bulanan pada masa akan datang. (tarikh seterusnya akan dimaklumkan kemudian). Penyertaan terhad kepada 180 yang terawal sahaja.

Sekian, terima kasih.

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2017

Posted in Latest Info

Dekan dan seluruh warga Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM menjemput bakal mahasiswa dan orang ramai untuk hadir ke Ekspo Selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2017 yang diadakan pada 25 dan 26 Mac 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam. Ekspo yang bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini adalah wadah terbaik bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengorak langkah menyambung pengajian dalam bidang pengkhususan seterusnya membina kerjaya bagi menjamin masa depan lebih gemilang dan cemerlang.

Ekspo ini bertujuan memberi khidmat nasihat serta kaunseling kerjaya kepada calon-calon yang ingin meneruskan penga­jian di UiTM, di samping sebagai platform informasi sesuatu program terutama berkaitan peluang kerjaya setelah menamatkan pengajian. Pelajar akan dibimbing untuk membuat pilihan bersesuaian de­ngan minat, keputusan peperiksaan yang mereka miliki serta syarat-syarat kemasukan sesuatu program akademik yang ditawarkan. Ibu bapa juga berpeluang menge­tahui bidang-bidang pengajian terkini seterusnya dapat menasihati anak-anak mereka dalam membuat pilihan program yang tepat.

Di ACIS, kami menawarkan Diploma Muamalat, Diploma Pengurusan Halal, Sarjana Muda Muamalat, Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal selain program pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang pelbagai bidang pengajian Islam kontemporari. Taklimat ACIS akan diadakan pada hari pertama ekspo 25 Mac 2017 (Sabtu) jam 10.15 - 10.45 pagi di Aras 1, Dewan Agung Tuanku Canselor. Semua dijemput hadir.

 

 
November 2019
M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |