Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

List of Research

PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM TAMAN NEGARA PAHANG

Posted in List of Research

 

FGRS

PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN MASYARAKAT ISLAM TAMAN NEGARA PAHANG

PROF. MADYA EZANI YAAKUB (LEADER)
PROF. MADYA BAHARUDDIN SAYIN
PROF. MADYA ZAKARIA MUSTAFFA
CHE KAMARUDDIN MD DAUD
MOHD TAKIYUDDIN HJ. IBRAHIM

RM 10,000.00

21 MAY 2008 - 21 MAY 2009

STATUS: COMPLETED

 

ABSTRAK

Pendidikan Islam merupakan teras paling utama dalam membentuk masyarakat yang harmoni. Kegagalan menerima pendidikan Islam yang sempurna boleh mengakibatkan seseorang sering dikaitkan dengan pelbagai masalah termasuklah aspek ekonomi dan soasial. Justeru kajian tahap pendidikan Islam ini telah diusahakan.

Kajian ini akan menfokuskan kepada tahap pendidikan Islam secara formal dan tidak formal penduduk kawasan Taman Negara sahaja. Skop kajian adalah berdasarkan persampelan terhadap responden yang terdiri daripada penduduk di Kampung Bantal dan Kampung Kuching sebagai penduduk yang telah menetap di sini. Bagi melengkapkan lagi kajian, penyelidikan ini juga telah meneliti program-program pendidikan Islam yang dijalanakan di kedua-dua kampung ini.

Beberapa penemuan signifikan berkaitan dengan latar belakang dan tahap pendidikan serta program-program agama yang dijalankan di sini telah diperolehi. Jelas terbukti pendidikan agama menjadi satu yang amat diperlukan oleh penduduk Terdapat fakta yang jelas bahawa penduduk yang menghayati agama amat minima khusus di kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Kuching.

Hasil daripada penemuan ini beberapa rumusan dan cadangan dikemukakan sebagai langkah memantapkan lagi usaha-usaha meningkatkan lagi pendidikan agama di kawasan ini. Penyelidikan ini menggariskan beberapa rumusan dan penemuan penting dengan langkah-langkah cadangan susulan yang komprehensif untuk diaplikasi pada masa depan.

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |