Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

List of Research

IMPAK PEMBELAJARAN KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PELAJAR UiTM

Posted in List of Research

 

IMPAK PEMBELAJARAN KURSUS PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP PELAJAR UiTM

2007

PROF. MADYA BAHARUDDIN SAYIN (LEADER)
HJ. MUHAMAD RAHIMI OSMAN
DR. HASAN BAHROM
EZANI YAAKUB
MOHD NOR MAMAT

 

ABSTRAK

Pembelajaran kursus Pendidikan Islam di ITM bermula sejak 1975 lagi. Ketika itu ianya dikenali dengan nama kursus Tamadun Islam. Bermula dari tahun 1977 kursus Tamadun Islam ditukar menjadi kursus Pendidikan Islam. Selaras dengan perubahan peningkatan taraf ITM kepada UiTM, Pendidikan Islam turut mengalami perubahan. Beberapa kursus baru diperkenalkan kepada pelajar, disamping kursus sedia ada dikemas dan diperkukuhkan lagi dari masa kesemasa.

Rasional ianya diperkenalkan ialah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan pelajar selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Negara dan bersesuaian dengan objektif akademik UiTM sejak sekian lama. Sejak kursus ini diperkenalkan sudah lebih 200,000 orang pelajar yang mengikutinya dan lulus dengan cemerlang serta menunjukkan penghayatan terhadap ajaran Islam dan nilai-nilai murni yang baik. Sudah sampai masa satu kajian secara menyeluruh dijalankan tentang keberkesanan pembelajarannya bagi mengetahui secara tepat penghayatan para pelajar terhadap ajaran Islam dan nilai murni tercapai.

 

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |