Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

List of Research

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AGAMA BANDUAN JATUH HUKUM : KAJIAN DI PENJARA PUSAT KAJANG

Posted in List of Research

 

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AGAMA BANDUAN JATUH HUKUM : KAJIAN DI PENJARA PUSAT KAJANG

2005

EZANI YAAKUB (LEADER)
MOHD TAKIYUDDIN HJ. IBRAHIM
KAMARIAH YUSOFF

ABSTRAK
Jenayah adalah satu fenomena negatif yang kian menular dalam masyarakat. Persoalan yang sering dikaitkan dengan fenomena ini ialah latar belakang dan pendidikan yang diterima oleh individu. Kegagalan menerima pendidikan yang sempurna boleh mengakibatkan seseorang terjerumus ke kancah maksiat dan seterusnya terlibat dengan jenayah.

Kajian ini akan menfokuskan kepada latar belakang pendidikan agama banduan jatuh hukum Muslim sahaja. Skop kajian adalah berdasarkan persampelan terhadap responden yang terdiri daripada banduan di Penjara Kajang. Bagi melengkapkan lagi kajian, penyelidikan ini juga telah meneliti program-program pemulihan yang dijalankan di penjara tersebut di samping Penjara Taiping dan Penjara Marang.

Beberapa penemuan signifikan berkaitan dengan latar belakang dan tahap pendidikan serta program-program pemulihan yang dijalankan di penjara telah diperolehi. Jelas terbukti pendidikan agama menjadi benteng utama kepada perlakuan jenayah. Terdapat fakta yang jelas bahawa banduan yang menghayati pendidikan agama amat minima mengulangi kesalahan jenayah berbanding dengan banduan yang kurang menghayatinya, terutama banduan yang terlibat dengan kesalahan yang berkaitan najis dadah.

Hasil daripada penemuan ini beberapa rumusan dan cadangan dikemukakan sebagai langkah memantapkan lagi usaha-usaha mengurangi jenayah. Penyelidikan ini menggariskan beberapa rumusan dan penemuan penting dengan langkah-langkah cadangan susulan yang komprehensif untuk diaplikasi pada masa depan.

 

 

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |