Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

List of Research

PERLAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI IPTA: KAJIAN TERHADAP ASPEK OBJEKTIF DAN REALITI APLIKASI

Posted in List of Research

 

PERLAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI IPTA: KAJIAN TERHADAP ASPEK OBJEKTIF DAN REALITI APLIKASI

PROF. MADYA MOHD ASRI ABDULLAH (LEADER)
MOHD NOR MAMAT
EZANI YAAKUB
ZULEKHA YUSOFF

2004

 

ABSTRAK

Pendidikan Islam di Malaysia bermula secara formal melalui sistem pengajian al-Qur`an dan kelas-kelas fardu ain sejak awal penyebaran Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka diikuti kewujudan sekolah-sekolah pondok, madrasah dan seterusnya sekolah-sekolah agama. Kini, pendidikan Islam di Malaysia berkembang ke semua jenis sekolah, maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi. Realiti perkembangan ini menunjukkan tahap keperluan masyarakat yang semakin sedar bahawa pendidikan bukan sahaja untuk mengisi ilmu pengetahuan duniawi yang terpisah tetapi perlu ada ilmu suluhan wahyu agar lebih berkesan. Persoalan sosial adalah antara gejala negatif yang kian menular dan semakin serius dan ini boleh diselesaikan dengan model pendidikan Islam yang multi dimensi yang mengasaskan tamadun manusia berasaskan sumber manusia sepadu dan berilmu.
Kajian ini meneliti tahap perkembangan Pendidikan Islam di IPTA Malaysia. Pada umumnya pihak IPTA melihat Pendidikan Islam sebagai satu kursus yang terpisah dan kurang nilai komersil. Inilah yang sering menjadi persoalan dan ukuran umum yang diberikan terhadap realiti kursus pendidikan Islam. Dari segi sejarah dan bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan di IPTA adalah berbeza mengikut perspektif dan penerimaan pihak universiti itu sendiri. Penyelidikan ini berjaya mencapai beberapa rumusan dan penemuan yang signifikan terhadap hipotesis yang telah dibuat. Beberapa penemuan signifikan berkaitan persepsi, senario perlaksanaan kurikulum pendidikan Islam di IPTA dan prospek masa depan serta solusi ke arah merangka pemantapan perlaksanaannya pada masa depan. Penyelidikan ini menggariskan lima rumusan dan penemuan penting hasil daripada penyelidikan yang dijalankan dengan lima langkah cadangan susulan untuk diaplikasi pada masa depan.

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |