Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

List of Research

KEPERLUAN PENUBUHAN PUSAT PIAWAIAN ISLAM DI UiTM: KAJIAN KES DI LEMBAH KELANG

Posted in List of Research

 

KEPERLUAN PENUBUHAN PUSAT PIAWAIAN ISLAM DI UiTM: KAJIAN KES DI LEMBAH KELANG


EZANI YAAKUB (LEADER)
MOHD NOR MAMAT
SITI KHAIDAH AB MANAN

2001

ABSTRAK
Penyelidikan ini pada dasarnya adalah untuk memperolehi data-data yang konkrit terhadap keperluan penubuhan Pusat Piawaian Islam di Universiti Teknologi MARA. Di samping itu, ia juga bertujuan mengenalpasti tahap keyakinan pelanggan terhadap kepakaran Universiti Teknologi MARA dalam rangka ke arah menubuhkan sebuah pusat piawaian Islam alternatif yang komprehensif. Penyelidikan ini telah dijalankan ke atas syarikat-syarikat perniagaan yang beroperasi di sekitar Lembah Kelang. Hasil daripada penyelidikan ini mendapati 73.6% responden berpendapat khidmat piawaian Islam perlu kepada setiap syarikat manakala 91.6% bersetuju bahawa ia perlu diaplikasikan secara komprehensif ke atas semua jenis produk; barangan dan perkhidmatan. Sementara itu, 91.2% berkeyakinan bahawa piawaian sebegini perlu bagi membolehkan produk di pasaran lebih mampu dikomersilkan. Keperluan ini dirasakan amat signifikan memandangkan pengguna masa kini lebih prihatin dengan soal piawaian pemakanan dan kepenggunaan sedangkan perkhidmatan piawaian masa kini tidak begitu komprehensif. Berhubung soal keyakinan pelanggan terhadap kepakaran dan kemampuan Universiti Teknologi MARA dalam menubuhkan Pusat Piawaian Islam alternatif ini, 82.95% responden percaya universiti ini mampu menjayakan penubuhannya. Manakala 89.1% bersetuju bahawa gabungan pelbagai disiplin dan kepakaran ilmu-ilmu Islam di Pusat Pendidikan Islam universiti ini mampu menghasilkan piawaian yang meyakinkan. Penyelidikan ini juga membuktikan bahawa 92.9% responden memberikan sokongan padu ke atas usaha penubuhan Pusat Piawaian Islam ini.

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |