Welcome to Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) Website

     

Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ)

Posted in ACIS's CoE

 

INSTITUT KAJIAN ZAKAT MALAYSIA (IKAZ)

Institut Kajian Zakat Malaysia (IKaZ) merupakan salah satu pusat kecemerlangan (CoE) CITU yang telah beroperasi hampir sedekad yang lalu bertempat di Universiti Teknologi MARA, Melaka. Penubuhan IKaZ adalah berorientasikan penyelidikan dan perundingan (R&D), selain menjadi “one stop centre” dalam melebarkan usaha-usaha perkongsian pengalaman dan maklumat berkaitan aspek pengurusan zakat demi pembangunan sosioekonomi ummah.Pada Ogos 2008, urusan pentadbiran IKaZ telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam dengan penubuhan ibu pejabat IKaZ di INTEKMA Resort & Convention Centre, Shah Alam dan kemudiannya berpindah ke Bangunan Hotcat berdekatan menara UiTM.


Sepanjang tahun 2009-2010, IKZ telah Berjaya mengadakan pelbagai program dan penyelidikan berkaitan zakat. Antaranya ialah Bengkel IKaZ bersama Industri siri 5/2009 dan siri6/2010, Bengkel Zakat e-Science, Wacana Zakat “Perbahasan Pelaksanaan Zakat Pendapatan di Malaysia : Satu Perjalanan” dan Wacana Intelektual Zakat. Selain itu, sebanyak 7 penyelidikan telah berjaya disempurnakan dan hasilnya telah dibentangkan di pelbagai seminar di dalam dan di luar negara. IKaZ juga berjaya menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “Pengintegrasian Zakat & Cukai di Malaysia”.

Beberapa produk IKaZ turut menerima beberapa anugerah di dalam IID. Pada Oktober 2009 di “Let’s IID UiTM Melaka” IKaZ telah mendapat pingat emas dan sijil poster terbaik menerusi produk “Kalkulator Zakat Mudah Alih @ Zakatfon” dan pingat perak menerusi produk “i-masjid @ Aplikasi Pengurusan Profesional Masjid”. Manakala pada Januari 2010 di IID 2010 Peringkat UiTM, produk yang sama telah mendapat pingat perak dan gangsa.Kini, IKaZ telah menjadi pusat R&D, penerbitan, jaringan industri, latihan dan teknologi maklumat yang dikenali bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat Asia Tenggara.

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2016 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |