URGENT! Only for UiTM Staff - Osaka, Japan INHAC 2019 Presenter/Participants

URGENT! Only for UiTM Staff - Osaka, Japan INHAC 2019 Presenter/Participants

Assalamualaikum WBT

Kepada semua staf UiTM peserta/pembentang INHAC 2019.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak ILD UiTM meminta semua peserta / pembentang INHAC2019 yang belum menerima kelulusan menghadiri seminar luar negara daripada ILD (permohonan melalui e-international) atau IRMI (bagi yang memohon geran penyelidikan) perlu mengisi Borang Permohonan Perjalanan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian dan mendapat pengesahan Ketua Jabatan masing-masing serta mengisi borang Cuti Rehat secara manual atau melalui HR2U dengan kadar segera.

Bersama-sama ini disertakan pautan muat turun borang-borang tersebut yang perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada pejabat Dekan ACIS (aras bawah Masjid UiTM Shah Alam) atau melalui email atau alamat di bawah selewat2nya 15 April 2019 untuk dihantar secara berkelompok kepada pihak Canseleri. Dekan ACIS akan memohon kelulusan khas perjalanan ke luar negara daripada Naib Canselor. Ini adalah kerana pihak ILD tidak sempat memproses borang permohonan sebelum INHAC 2019 berlangsung dan akan dibawa dalam mesyuarat yang akan datang. Sekiranya permohonan tuan/puan diluluskan oleh ILD dalam mesyuarat yang akan datang cuti rehat peribadi akan digantikan semula.

Harap maklum. Terima kasih.

Muat turun borang:
1. Borang KLN (P) 01/2014 - Borang Permohonan Perjalanan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian. Download:

https://acis.uitm.edu.my/icis2021/download/4BORANGPERMOHONANLUARNEGARAPERSENDIRIAN.docx


2. Borang PKLN (P) 02/2014 - Borang Pengisytiharan Perjalanan Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian. Download:

https://acis.uitm.edu.my/icis2021/download/11BORANGPENGISYTIHARANPERJALANANLUARNEGARAURUSANPERSENDIRIAN.docx


3. Lampiran A - Borang Permohonan Kemudahan Perlindungan Insurans Kesihatan Ke Luar Negara. Download:

https://acis.uitm.edu.my/icis2021/download/insuranskesihatanbaru.pdf


Thanks.

The Secretariat
4th International Halal Conference (INHAC) 2019
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor
MALAYSIA

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Fax: +603-55442668
Official website: https://acis.uitm.edu.my/icis2021

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) 
Universiti Teknologi MARA (UiTM) 
40450 Shah Alam, Selangor

Copyright © 2021 Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS). All Rights Reserved.
| Disclaimer & Copyright | Privacy Statement |