Diploma of Halal Management


                                                                                                                                                                                     
Scan QR Code 
or Click Here for Full-Accreditation Statement


DIPLOMA PENGURUSAN HALAL (IC120)

 

Profil

Program Diploma Pengurusan Halal adalah bidang terkini yang diperkenalkan oleh UiTM seiring dengan keperluan semasa negara.  Bidang halal merupakan bidang kritikal dan sangat diperlukan dalam perkembangan industri semasa. Lulusan program ini dapat menceburi sektor pengurusan pemakanan,  perkhidmatan, perhotelan & pelancongan, pengurusan kualiti, farmaseutikal, kosmetik, kewangan dan keusahawanan. 

Program ini juga akan melahirkan tenaga separa mahir yang dapat memenuhi keperluan negara ke arah merealisasikan Malaysia sebagai pusat hub halal  antarabangsa dan kewangan Islam global.  

Di samping itu, lulusan Diploma dan Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal dapat meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang berkaitan yang sedia ada di UiTM dan IPT lain.

 

Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera
Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja

Tempoh pengajian: (2 ½ tahun / 5 semester)

 


 Syarat Am Universiti

 

  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu;

DAN;

  • Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)
  1. Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti
  2. Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda

 


 Syarat Khas Program: Lepasan SPM

 

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;

DAN;

  • Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan

 


 Syarat Khas Program: Lepasan Pra-Diploma UiTM

 

Lulus Naik Taraf (LNT) Program Pra-Diploma Pengajian Islam (IC001/IC002)

ATAU;

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM;

DAN;

Lulus SPM/ Setaraf dengan:

Kepujian dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah;

DAN;

Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al- Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah

 


Syarat Khas Program: APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING)

 

  • Lulus MQA (ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio).
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan
  • Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun
  • Lulus temu duga yang dikendalikan oleh fakulti

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:

Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Akademik: +603-5543 7984
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : +603-5544 2135