MAJLIS SUMBANGAN KOMPUTER RIBA DARIPADA YAYASAN RIZALMAN IBRAHIM KEPADA PELAJAR AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)

Pada 8 April 2021, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba kepada 36 pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) daripada Yayasan Rizalman Ibrahim di Dewan Sri Impian, Hotel UiTM.
 
Penyerahan ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Rizalman Ibrahim selaku Pengerusi Yayasan Rizalman Ibrahim yang juga merupakan Ahli Pengarah UiTM (LPU) UiTM. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Ybhg. Prof. Dato’ Dr Rahmat Mohamad (Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Komuniti & Alumni)), Prof. Madya Dr Nurhidayah Hashim (Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)), En. Zulkifli Abu Bakar (Pengarah Kanan Jabatan Komunikasi), Dr Ainul Azreen Adam (Pengarah Pusat Jaringan Alumni), barisan kepimpinan kanan ACIS dan Pejabat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN).
ACIS amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Dato’
Rizalman Ibrahim
 
atas sumbangan yang tidak ternilai ini. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada para pelajar yang terlibat untuk berusaha dengan lebih gigih khususnya dalam mempertingkatkan prestasi dan pencapaian akademik masing-masing. Pihak ACIS juga berterima kasih kepada Pusat Jaringan Industri (NAC) ICAN, Jabatan Komunikasi UiTM, Bahagian Fasiliti dan semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program hari ini.

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:
Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : +603-55437984