ICIS 2021: SARJANA ISLAM, UNIVERSITI REALISASI AGENDA MANHAJ RABBANI DI MALAYSIA

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dunia Islam mesti memainkan peranan lebih proaktif bagi memastikan ‘pandangan dunia Islam’ terus dikaji dengan betul seiring meletakkan keutamaan keredaan tuhan dalam setiap tindakan pada masa hadapan.

Beliau berkata, atas sebab itulah, kerajaan Malaysia mengadaptasikan Dasar Manhaj Rabbani iaitu pendekatan yang menjadi hala tuju bersama dalam memacu pentadbiran Islam di negara ini untuk memberikan lebih banyak keaslian dan asas kepada pembangunan negara pada abad ke-21.

“Para sarjana Islam dan universiti-universiti sangat penting merealisasikan agenda Manhaj Rabbani di Malaysia yang mana kami berharap suasana yang lebih beretika dan spiritual dapat muncul di negara ini.

“Ini menuntut agar universiti-universiti kita mengambil kira keperluan untuk memelihara adab masyarakat atau menjadi manusia yang baik,” katanya ketika berucap secara maya dalam Persidangan Antarabangsa Pengajian Islam Kontemporari (ICCIS2021) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, universiti juga mesti melahirkan para sarjana dan profesional yang bukan sahaja dapat memperluaskan dominan pencapaian barat, tetapi, perlu berani mengkritik kekurangan dalam sains, ideologi dan teknologi sedia ada dengan membuat sumbangan asli dalam pelbagai bidang.

Beliau percaya, menerusi platform seperti ICIS2021 ini, golongan berkenaan mampu memimpin wacana dan panduan bagaimana untuk memberi tindak balas terbaik terhadap pelbagai isu dunia.

Menurut beliau, sebagai universiti terbesar di negara ini, UiTM berada dalam kedudukan baik untuk memimpin wacana Islam kontemporari dan menghasilkan siswazah lebih dinamik, namun bertanggungjawab dalam pelbagai bidang ilmu yang akan menyumbang kepada pembangunan Malaysia lebih baik – dengan syarat berunding dengan para sarjana tulen.

“Untuk mengimbangi permintaan untuk lebih banyak peluang, adalah penting hubungan baik universiti dengan pemain industri yang berkongsi visi adalah salah satu kekuatannya.

“Oleh itu, saya mendorong anda untuk lebih proaktif dalam membentuk kolaborasi strategik dengan bakat dan industri utama di peringkat nasional, serantau, dan antarabangsa.

“Pentingnya, kolaborasi pintar, seminar, dan persidangan dialog universiti-industri berdasarkan kajian penyelidikan menawarkan kepada rakyat Malaysia dari semua sektor beberapa penyelesaian praktikal dan responsif menggunakan teknologi baharu yang dapat meningkatkan kualiti hidup kita,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:

Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Akademik: 03-5544 2364/ 03-5544 2670/ 03-5543 2684
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : 03-5544 2135/ 03-5544 2644