Diploma Pendidikan Islam (IC130)


 
Scan QR Code 
or Click Here to apply.


 

Profil

Program Diploma Pendidikan Islam dirangka untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat menyambung pengajian dalam bidang pendidikan Islam.  Program ini berhasrat melahirkan bakal pendidik yang berjiwa murabbi,  berkemahiran, kompeten dan komited dalam mengajar ilmu yang berteraskan Islam dengan kelayakan akademik yang minimum. 

Program ini memberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran ikhtisas serta membina sikap dinamik dan kreatif bagi mempersiapkan bakal pendidik memasuki profesyen perguruan atau bidang perkhidmatan pendidikan yang semakin mencabar.  

Selain daripada ilmu teras Islam, bakal pendidik dalam program ini didedahkan dengan teori, pendekatan dan strategi pendidikan yang sesuai dengan perkembangaan teknologi dan keperluan masyarakat semasa. 

Lulusan program ini berpeluang untuk menjadi guru di sekolah kerajaan negeri mahupun swasta, usahawan dalam bidang pendidikan, motivator atau pendakwah, penggerak organisasi dakwah, pegawai hal ehwal Islam dalam industri yang berteraskan Islam seperti pelancongan, pengurusan sumber manusia, keusahawanan dan bidang lain yang bersesuaian. 

Selain itu, lulusan Diploma Pendidikan Islam dapat meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang berkaitan yang sedia ada di UiTM dan IPT lain.

 

Terbuka kepada pemohon aliran Sains/Teknikal dan Sastera
Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Sahaja.

Tempoh pengajian: (2 ½ tahun / 5 semester)
Kampus yang menawarkan: UiTM Shah Alam *bermula Oktober 2023

 


 Syarat Am Universiti

 

  • Memiliki SPM atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu;

DAN;

  • Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)

    1- Calon yang tamat program ini boleh memohon mengikuti mana-mana program Sarjana Muda di mana-mana fakulti dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti 
     
     
    2- Calon PERLU memiliki keputusan MUET yang telah ditetapkan sebelum memohon ke peringkat Sarjana Muda 

     


 Syarat Khas Program: Lepasan SPM

 

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran:

  • Bahasa Inggeris 
  • Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-IslamiahLulus Bahasa Inggeris

          Dan;

  • Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah 
  • Lulus Matematik / Matematik Tambahan

 


Syarat Khas Program: Lepasan Pra-Diploma UiTM

 

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Sains  (PD007/PD008) atau Pra Diploma Perdagangan (BA002/BA003) dari UiTM 

        Dan;

Kepujian dalam Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah / Usul Al-Din / Al-Syariah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah


Dan;

Lulus Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Turath Bahasa Arab / Al-Lughah Al- 
Arabiah Al-Mu’asirah / Al-Adab Wa Al-Balaghah 

Atau;

Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Pengajian Islam 
(IC001/IC002) 

 


 Syarat Khas Program: APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTIAL LEARNING) 

 

  • Lulus MQA (ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio). 
  • Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan. 
  • Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun. 
  • Lulus temu duga yang dikendalikan oleh fakulti. 

 


 

Click Here for study plan information

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:

Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Akademik: 03-5544 2364/ 03-5544 2670/ 03-5543 2684
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : 03-5544 2135/ 03-5544 2644