KUNJUNGAN HORMAT PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK, UITM SHAH ALAM (PTAR) KE AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)

ACIS telah menerima kunjungan hormat Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam (PTAR) pada 1 April 2021. Pihak PTAR diwakili oleh Encik Jamalludin Hj Sulaiman (Ketua Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan), puan Adlina Abdullah (Pustakawan Kanan Bahagian Komunikasi Korporat), En Asraf Zamani Hazim (Pegawai Perhubungan Perpustakaan), Tuan Hj Ahmad Faizar Jaafar (Pustakawan Kanan) dan Encik Abdul Razak Abdul Rahman (Pustakawan Kanan).

Ketibaan wakil-wakil PTAR oleh Dekan ACIS, Prof Madya Dr Nurhidayah Muhammad Hashim dan beberapa pimpinan tertinggi ACIS, Dr Amal Hayati Ishak (Timbalan Dekan Akademik), Dr Hajar Opir (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar) dan Dr Asmadi Yaakob. Melalui pertemuan ini, adalah diharapkan semoga kerjasama dua hala antara ACIS dan PTAR akan terus dapat dimanfaatkan untuk peningkatan dan pembangunan akademik para pelajar dan pensyarah ACIS yang lebih berkualiti.

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:
Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : +603-55437984