DEAN'S MESSAGE

Image






Prof. Madya Dr. Nurhidayah Muhammad Hashim

Dekan,
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS),
UiTM Shah Alam.
Selamat Datang ke Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

ACIS merupakan satu dari pusat pengajian yang sedang berkembang pesat. Bermula dengan Unit Agama, sehingga dinaiktarafkan kepada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) pada tahun 2012, ACIS telah melaksanakan dua peranan besar dengan cemerlang. Pertama, menyelia dan mengajar semua kod MPU (mata pelajaran Umum) kepada semua sistem UiTM dengan jumlah pelajar mencecah 22,000 setiap semester dan kedua, menyelia dan menawarkan program akademik sendiri dengan jumlah pelajar hampir 2000 orang.

Sehingga kini, ACIS berkembang dengan baik sehingga kedua program akademik yang ditawarkan mendapat permintaan yang sangat baik dan berada di tangga keempat antara program pilihan ramai. Alhamdulillah.

Seperti semua maklum, pihak pengurusan tertinggi UiTM telah melancarkan Strategik Pelan UiTM2025 ke arah transformasi universiti menjadi Universiti terkemuka dunia dengan moto ‘Serlahkan potensi, membentuk masa depan’ (Unleashing Potentials, Shaping the Future) dengan nilai tiga nilai bersama iaitu ESI- Kecemerlangan (Excellence), Sinergi (Synergy) dan Integriti (Integrity) serta nilai kendiri seluruh warga iaitu i DART - Ilmu,Disiplin, Amanah, Rajin dan Tanggung jawab. ACIS juga tidak mahu ketinggalan. Mendukung hasrat universiti, ACIS turut meletakkan hala tuju untuk menjadi Akademi Pengajian Islam yang tersohor, kontemporari dan relevan dalam masyarakat.

Semua ini adalah motivasi kepada seluruh warga ACIS untuk bergerak ke hadapan untuk menyerlahkan potensi kita bersama. ACIS komited menyokong Pelan UiTM 2025 dan akan berusaha melaksanakan inisiatif tertentu yang akan melonjakkan ACIS ke tangga yang lebih cemerlang.

Together we spread our wings and soar.

Contact Us

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

 
Tel:
Pejabat Dekan: +603-5544 2650
Pejabat Hal Ehwal Pelajar : +603-55437984